Sinar Harian
KUANTAN – Dua pelajar dikhuatiri lemas dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Kampung Durian Hijau, Jerantut pada Jumaat.Mangsa, Muhammad Amirul Ashraf Abdullah dan Muhammad Danial Haikal Shamsudin, masing-masing berusia 14 tahun, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan awal daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 4.49 petang.Menurutnya, berdasarkan maklumat diterima, dua remaja itu dikhuatiri lemas di lokasi berkenaan ketika mandi bersama rakan-rakan."Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut telah dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR)."Operasi SAR turut dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin, Temerloh," katanya.Zulfadli berkata, operasi SAR dimulakan dengan pencarian di permukaan air di lokasi kejadian dengan bantuan penduduk kampung."Pasukan PPDA Bukit Angin turut ke lokasi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa," katanya.
Go to News Site