Collector
Penumpang terjatuh di landasan, operasi tren tergendala di stesen LRT stesen Abdullah Hukum | Collector
Penumpang terjatuh di landasan, operasi tren tergendala di stesen LRT stesen Abdullah Hukum
Sinar Harian

Penumpang terjatuh di landasan, operasi tren tergendala di stesen LRT stesen Abdullah Hukum

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di stesen Abdullah Hukum tergendala susulan satu insiden melibatkan seorang penumpang yang terjatuh di kawasan landasan pada Jumaat.Rapid Rail Sdn Bhd berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.09 petang itu menyebabkan perkhidmatan tren antara stesen Universiti, Kerinchi dan Abdullah Hukum dihentikan sementara.Menurutnya, sebagai langkah keselamatan, bekalan kuasa di stesen berkenaan telah dinyahaktifkan bagi memberi laluan kepada pasukan penyelamat termasuk polis, bomba dan ambulans menjalankan operasi."Susulan itu, perkhidmatan tren antara stesen Universiti, Kerinchi dan Abdullah Hukum dihentikan sementara."Perkhidmatan alternatif termasuk bas perantara percuma turut diaktifkan bagi membantu pergerakan penumpang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, penumpang yang memerlukan bantuan dinasihatkan mendapatkan bantuan daripada pegawai stesen atau polis bantuan di lokasi terlibat.Dalam masa sama, Rapid Rail memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu serta memohon maaf atas kesulitan dan kelewatan yang berlaku.Menerusi kenyataan terbaharu, perkhidmatan yang tergendala telah kembali pulih bermula 6.59 petang dan perkhidmatan tren sedang diselaraskan secara berperingkat."Penumpang telah berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan susulan," ujarnya.Tambahnya, perkhidmatan alternatif yang disediakan sebelum ini telah ditamatkan susulan pemulihan operasi tren.Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan Rapid Rail memaklumkan, anggota polis bantuan serta petugas stesen masih ditempatkan di platform dan ruang legar stesen bagi membantu penumpang.

Go to News Site