Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Prosiding kes saman fitnah difailkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil terhadap tiga individu susulan tuduhan kempen politik di masjid akan mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin ini.Fahmi berkata, saman tersebut melibatkan Wan Azri Wan Deris ataupun Papagomo; pendakwah, Ahmad Dusuki Abd Rani dan Mohd Fauzan Madzlan yang merupakan pengendali akaun Facebook.Beliau berkata, saman fitnah terbabit dikemukakan susulan dakwaan pada 2023 yang menuduh beliau berkempen serta menyampaikan ceramah politik di dalam masjid."Kes itu akan berjalan pada hari Isnin. Saya difahamkan saya akan menjadi saksi, manakala peguam saya ialah saudara Asheeq Ali."Perbicaraan akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula jam 9 pagi. Selepas tiga tahun, saya mahu membersihkan nama saya," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Keadilan Wilayah Persekutuan pada Jumaat.Menurutnya, tindakan undang-undang itu telah difailkan hampir serta-merta pada 2023 sebaik sahaja dakwaan berkenaan timbul, namun mengambil masa untuk melalui proses mahkamah sebelum dibicarakan.
Go to News Site