Collector
Insiden penumpang jatuh landasan LRT: Peringatan penting patuh peraturan, utamakan keselamatan - Anthony | Collector
Insiden penumpang jatuh landasan LRT: Peringatan penting patuh peraturan, utamakan keselamatan - Anthony
Sinar Harian

Insiden penumpang jatuh landasan LRT: Peringatan penting patuh peraturan, utamakan keselamatan - Anthony

KUALA LUMPUR - Insiden seorang penumpang terjatuh ke landasan Transit Aliran Ringan (LRT) di stesen Abdullah Hukum pada Jumaat menjadi peringatan penting kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan keselamatan ketika menggunakan pengangkutan awam.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian itu turut mengaktifkan sistem keselamatan Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) ketika tren sedang menghampiri stesen.Beliau bersyukur kerana nyawa mangsa berjaya diselamatkan, selain sistem keselamatan yang tersedia berfungsi sebagaimana sepatutnya dalam situasi kecemasan."Insiden ini menjadi peringatan kepada kita semua untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan keselamatan di stesen pengangkutan awam," katanya dalam kenyataan itu pada Jumaat.Dalam pada itu, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota penyelamat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Prasarana Malaysia Berhad atas tindakan pantas dan profesional dalam mengendalikan situasi berkenaan.Anthony Loke juga mengucapkan terima kasih kepada penumpang lain yang menunjukkan kesabaran sepanjang kejadian, termasuk mereka yang memberikan kerjasama kepada pasukan penyelamat bagi melancarkan operasi."Keselamatan adalah tanggungjawab bersama," tambahnya.

Go to News Site