Collector
Fattah Amin bakal fail semula permohonan, dakwa Fazura langgar perintah mahkamah 6 kali | Collector
Fattah Amin bakal fail semula permohonan, dakwa Fazura langgar perintah mahkamah 6 kali
Sinar Harian

Fattah Amin bakal fail semula permohonan, dakwa Fazura langgar perintah mahkamah 6 kali

PELAKON Fattah Amin dijangka akan memfailkan semula permohonan bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital terhadap bekas isterinya, Fazura berhubung isu hak lawatan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya selepas permohonan terdahulunya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 31 Mac lalu.Perkara itu disahkan peguam yang mewakili Fattah, Datuk Akberdin Abdul Kader, yang menjelaskan penolakan berkenaan bukan keputusan muktamad.Sebaliknya, Hakim Syarie, Salehan Yatim, meminta pihak Fattah memperincikan beberapa aspek sebelum permohonan kebenaran secara ex parte itu difailkan semula.Menurut Akberdin, pihaknya dimaklumkan dakwaan berlaku pelanggaran perintah mahkamah sebanyak enam kali serta Fattah mengalami kesukaran bertemu anaknya.Jelasnya, beliau dimaklumkan Fazura telah melanggar perintah mahkamah sebanyak enam kali, antaranya tidak menunaikan janji untuk memberikan hak lawatan Nur Fatima kepada bapanya dengan alasan berada di London."Malah, Fattah mendakwa sejak bercerai dia mengalami kesulitan untuk bertemu puteri tunggalnya, namun masih bersabar dengan sikap bekas isterinya itu yang kerap memberi alasan hingga anak guamnya sukar bertemu dengan anak kandungnya."Selepas banyak kali bertolak ansur, Fattah akhirnya mengambil keputusan untuk melantik saya bagi memfailkan permohonan ini supaya perintah mahkamah yang telah dipersetujui sebelum ini dipatuhi dan dihormati."Penolakan pada 31 Mac lalu bukanlah penamat. Hakim hanya meminta beberapa perkara diperjelaskan sebelum ia difailkan semula," katanya.Akberdin turut menjelaskan, walaupun hak penjagaan penuh diberikan kepada Fazura, Fattah masih mempunyai hak lawatan, termasuk bermalam dua kali sebulan serta pertemuan sebanyak tiga kali seminggu.Namun, hak tersebut didakwa sering terhalang oleh pelbagai alasan setiap kali Fattah ingin meluangkan masa bersama anaknya, sekali gus mendorong beliau mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut hak sebagai seorang bapa."Pihak kami akan fail semula dalam masa terdekat kerana Fattah sudah cukup bertolak ansur selama ini."Kali ini dia mahu mahkamah menentukan apa yang terbaik untuk menuntut haknya sebagai bapa kepada Nur Fatima."Hak lawatan yang sepatutnya diberikan kepada Fattah perlu dipatuhi oleh bekas isterinya. Jika tidak, pihak kami boleh memfailkannya di mahkamah," katanya.Terdahulu, media melaporkan pelakon Mat Kilau itu gagal memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Fazura di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 31 Mac lalu berkaitan isu sama.Peguam syarie yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan, turut mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa permohonan ex parte telah dibuat atas dakwaan pelanggaran perintah mahkamah berhubung hak lawatan anak.Prosiding komital itu boleh membawa kepada hukuman penjara sekiranya terbukti berlaku pelanggaran terhadap perintah mahkamah.Untuk rekod, pasangan selebriti ini sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Mereka berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Go to News Site