Sinar Harian
SHAH ALAM - Tindakan menyuarakan pandangan secara terbuka oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seharusnya dianggap menjejas keharmonian parti.Bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, isu berkenaan tidak timbul memandangkan individu terlibat kini tidak lagi berada dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mahupun Kabinet.Menurutnya, ketika beliau dan Datuk Seri Rafizi Ramli masih memegang jawatan dalam kepimpinan parti serta kerajaan, pelbagai perkara telah dibangkitkan melalui saluran dalaman."Ketika kami dalam Kabinet dan saya sebagai naib presiden, banyak perkara disuarakan dalam mesyuarat parti."Sekarang ini kami merupakan backbencher dan jika melihat sejarah parti, tokoh seperti Hassan Abdul Karim serta beberapa pemimpin lain juga mempunyai ruang kebebasan bersuara."Sudah tentu dalam batas tertentu, namun jika sesuatu isu tidak dapat dijelaskan oleh kepimpinan, kami juga mempunyai hak untuk bersuara," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa bersama Timbalannya, Md Ysahrudin Kusni menyifatkan tindakan Rafizi mengeluarkan kenyataan terbuka berpotensi menjejaskan keharmonian dalaman serta kekuatan parti.Sementara itu Nik Nazmi tidak menolak kemungkinan naratif 'menteri gagal' merupakan sebahagian usaha tersusun bagi mengalihkan perhatian daripada isu lain."Beberapa menteri PKR dalam Kabinet juga dilabel sebagai 'menteri gagal'."Oleh itu sebarang dakwaan perlu dibuat secara objektif, dihuraikan satu persatu dan disokong dengan bukti, bukan sekadar berasaskan sentimen," ujarnya.
Go to News Site