Collector
Pemandu cuai ketika undur punca kemalangan lima kenderaan - Polis | Collector
Pemandu cuai ketika undur punca kemalangan lima kenderaan - Polis
Sinar Harian

Pemandu cuai ketika undur punca kemalangan lima kenderaan - Polis

ALOR SETAR – Kecuaian pemandu ketika mengundur dikenal pasti sebagai punca kemalangan membabitkan lima kenderaan di Taman Pinang Emas, Bukit Pinang di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, hasil siasatan mendapati insiden itu berpunca daripada pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang gagal mengawal kenderaan dengan baik ketika mengundur.Menurutnya, siasatan awal menunjukkan pemandu yang keluar dari rumah terus menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan."Pada jam 6.45 pagi, pemandu Myvi, seorang wanita berusia 63 tahun, memulakan perjalanan dari parkir rumahnya untuk ke tempat kerja di Bukit Pinang."Apabila sedang mengundur keluar dari parkir dengan laju, dia telah melanggar pagar rumah jiran termasuk kenderaan yang diparkir di dalam kawasan rumah jiran tersebut," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, wanita itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan, namun kenderaannya mengalami kerosakan pada bahagian bampar, cermin, lampu belakang, ekzos dan lain-lain kerosakan yang belum dikenal pasti.Selain itu, katanya, empat kenderaan yang diparkir di hadapan rumah jiran iaitu kereta jenis Honda Civic, Toyota Alphard, Ford Ranger dan motosikal Honda X-ADV mengalami pelbagai kerosakan termasuk pada bahagian bonet, cermin belakang, bampar, lampu, ekzos dan lampu isyarat.Kes akan disiasat di bawah Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 17 LN 166/59).Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang peniaga berdepan detik cemas apabila empat kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah dirempuh jiran dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, Jumaat.Muhamad Shazwan Abdul Hisham, 33, berkata, kejadian disedari selepas terdengar dentuman kuat ketika berada di dalam rumah bersama isteri dan dua anak berusia tujuh dan sembilan tahun, di Taman Pinang Emas, Bukit Pinang di sini.

Go to News Site