Collector
Wanita ditemukan rentung dalam bilik | Collector
Wanita ditemukan rentung dalam bilik
Sinar Harian

Wanita ditemukan rentung dalam bilik

NILAI – [KEMAS KINI] Seorang wanita ditemukan maut selepas rumahnya di Taman Mantin di sini terbakar pada Jumaat.Difahamkan, ketika kejadian pada jam 11.30 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an sedang tidur.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J Arul Kumar berkata, beliau difahamkan ketika kejadian, hanya mangsa tinggal bersendirian di rumah manakala adik lelakinya keluar membeli makanan."Mereka tinggal di situ berdua sahaja dan saya difahamkan penduduk yang menghubungi bomba selepas menyedari rumah itu terbakar."Tetapi sebelum adiknya pulang ke rumah, rumah itu telah terbakar sepenuhnya dan kakaknya ditemui dalam keadaan rentung," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan memaklumkan dua jentera dengan kekuatan 14 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi bagi operasi memadam kebakaran."Sebaik tiba, didapati sebuah rumah teres berkeluasan 20 x 30 kaki persegi musnah 100 peratus."Terdapat seorang wanita ditemui rentung di dalam bilik utama dan disahkan meninggal dunia," katanya.

Go to News Site