Sinar Harian
NILAI – Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam insiden kebakaran yang meragut nyawa seorang wanita di Taman Mantin di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, mayat mangsa yang berusia lingkungan 30-an telah dihantar ke Hospital Rembau untuk dibedah siasat bagi menentukan punca kematian."Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 11.56 malam."Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 11.35 malam dan tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kejadian berlaku ketika mangsa tinggal seorang diri, manakala adik lelakinya keluar membeli makanan.
Go to News Site