Collector
[VIDEO] Lapan rumah terbakar, tong gas meletup di Kota Bharu | Collector
[VIDEO] Lapan rumah terbakar, tong gas meletup di Kota Bharu
Sinar Harian

[VIDEO] Lapan rumah terbakar, tong gas meletup di Kota Bharu

KOTA BHARU – Lapan rumah terbakar, manakala kira-kira 30 tong gas memasak hangus termasuk sebahagiannya meletup dalam kejadian kebakaran di Chabang Tiga, Kedai Buloh di sini pada Jumaat.Kejadian pada jam 9.45 malam itu merebak dengan pantas di kawasan kediaman padat, yang kebanyakannya berstruktur kayu, beserta berlaku letupan beberapa mercun milik penduduk.Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan, Penguasa Bomba Mohd Farid Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.55 malam sebelum jentera pertama tiba di lokasi kira-kira seminit kemudian."Keseluruhan lapan rumah terlibat dalam kebakaran ini dengan lima daripadanya terbakar 100 peratus, manakala tiga terbakar sebahagian."Kebakaran dipercayai merebak dengan cepat disebabkan struktur rumah yang kebanyakannya diperbuat daripada kayu serta kedudukan rumah yang terlalu rapat, iaitu sekitar kurang semeter antara satu sama lain," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Beliau berkata, keadaan cuaca yang berangin turut menyumbang kepada kebakaran yang cepat merebak ke rumah bersebelahan.Dalam kejadian itu juga, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah motosikal berkuasa tinggi turut musnah terbakar."Malah, terdapat juga kejadian letupan tong gas yang mempercepatkan lagi kebakaran dan menyukarkan operasi pemadaman pada peringkat awal," katanya.Mohd Farid berkata, bagaimanapun pihak bomba berjaya mengawal api daripada terus merebak dan menyelamatkan banyak rumah berhampiran daripada turut musnah.Operasi pemadaman melibatkan beberapa jentera dan 48 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kota Darul Naim, Wakaf Bharu dan Pasukan Bomba Sukarela Kota Bharu."Selepas sejam, api berjaya dikawal sepenuhnya dan operasi tamat pada jam 12.30 pagi."Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Go to News Site