Sinar Harian
KUALA KANGSAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa Barat yang sering bertindak sebagai "guru" hak asasi manusia kepada negara lain, namun pada masa sama mendiamkan diri terhadap siri kezaliman yang berlaku di hadapan dunia.Anwar berkata, mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dalam bidang sains dan teknologi tidak akan memberi manfaat kepada masyarakat sekiranya ia tersasar daripada prinsip moral, akhlak dan nilai kemanusiaan yang tinggi."Dunia ini tidak kekurangan orang yang pintar, yang membuat segala teknologi, pesawat, senjata paling canggih. Tetapi peperangan mereka bobrok (binasa), boleh membunuh, zalim, menjajah negara orang tanpa conscience (rasa bersalah)."Paling akhir, Iran. Bayangkan senang-senang Israel mengambil keputusan…Amerika Syarikat bantu dan dunia hampir senyap kerana pengaruh Barat yang kuat."Saya beritahu kawan, anak-anak, Alhamdulillah, Malaysia antara satu-satunya negara yang masih pertahankan semangat kebebasan dan berani menyatakan bahawa serangan itu ganas, biadab dan tidak berperikemanusiaan," kata Perdana Menteri.Beliau berkata demikian pada program Temu Anwar bersama Warga Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di MCKK, di sini, hari ini. - Bernama- AKAN MENYUSUL -
Go to News Site