Collector
HTA pecat kakitangan MySTEP tipu 190 pegawai perubatan | Collector
HTA pecat kakitangan MySTEP tipu 190 pegawai perubatan
Sinar Harian

HTA pecat kakitangan MySTEP tipu 190 pegawai perubatan

SHAH ALAM – Hospital Tunku Azizah (HTA) menamatkan perkhidmatan seorang petugas Personel MySTEP yang didakwa terlibat dalam penipuan sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM47,120 membabitkan 190 pegawai perubatan siswazah (PPS).Pengurusan HTA dalam kenyataan berkata, tindakan tegas itu disusuli dengan sekatan penuh terhadap akses individu berkenaan ke sistem dan fasiliti hospital bagi melindungi keselamatan data, integriti jabatan serta kebajikan para doktor."Pihak HTA menegaskan tiada sebarang kutipan wang tunai atau pindahan ke akaun peribadi kakitangan dibenarkan bagi mana-mana urusan rasmi, termasuk bayaran balik emolumen atau yuran kursus."Personel MySTEP tersebut juga tidak pernah diberi kuasa berkaitan kewangan oleh pihak HTA," kata kenyataan tersebut pada Jumaat.Menurut kenyataan itu, sesi libat urus turut diadakan bersama PPS yang terkesan bagi mendengar aduan mereka dan mengumpul maklumat lengkap transaksi untuk membantu siasatan lanjut.Ujarnya, kes berkenaan telah dilaporkan kepada polis dan siasatan penuh sedang dijalankan."HTA akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil."HTA tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana warga kerja yang terlibat dalam salah laku integriti atau sebarang aktiviti jenayah yang menjejaskan kebajikan kakitangan lain serta nama baik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," ujarnya.Tambah kenyataan tersebut, HTA sentiasa mengutamakan kebajikan warga kerjanya dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat."Kami amat menghargai dedikasi para PPS yang bertugas tanpa mengira masa dan tidak akan sesekali membiarkan integriti hospital dicemarkan oleh tindakan tidak bertanggungjawab mana-mana individu," kata kenyataan itu.

Go to News Site