Collector
Lelaki bogel ganggu lalu lintas ditahan | Collector
Lelaki bogel ganggu lalu lintas ditahan
Sinar Harian

Lelaki bogel ganggu lalu lintas ditahan

TELUK INTAN – Seorang lelaki dipercayai tidak siuman ditahan polis selepas bertindak berbogel dan mengganggu lalu lintas di Jalan Langkap - Chui Chak, Langkap di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, kejadian itu dilaporkan kira-kira jam 9.35 malam sebelum sepasukan anggota Task Force Ronda Cegah Jenayah dari Balai Polis Langkap dikerahkan ke lokasi.Menurut beliau, hasil tindakan pantas pihak polis, suspek warga tempatan berusia 41 tahun berjaya ditahan dalam keadaan bogel seperti yang tular di media sosial."Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Langkap untuk tindakan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan serta penilaian pakar psikiatri," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video kejadian tersebut bagi menjaga maruah individu terlibat.Katanya, tindakan diambil polis adalah bagi memastikan keselamatan awam selain membantu individu berkenaan mendapatkan rawatan sewajarnya."Kita minta orang awam supaya terus peka dan bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan maklumat bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.

Go to News Site