Sinar Harian
SHAH ALAM - Tinjauan pendapat awam di media sosial dalam tempoh 24 jam mendapati ramai rakyat Malaysia memilih untuk berjimat cermat sebagai langkah utama menghadapi krisis ekonomi.Berdasarkan undian yang dijalankan di beberapa platform media sosial popular, pendekatan berbelanja secara berhemah jelas menjadi pilihan utama pengguna.Di Facebook, seramai 78 peratus daripada 15 responden memilih untuk berjimat cermat, manakala 10 peratus memilih menambah pendapatan dan 11 peratus menyatakan tiada perubahan dalam gaya hidup mereka.Trend sama turut dilihat di Instagram, dengan 68 peratus daripada 28 responden memilih berjimat cermat.Sebanyak 25 peratus pula bercadang meningkatkan pendapatan, sementara hanya tujuh peratus tidak merancang sebarang perubahan.Di platform Threads, daripada 59 undian, 61 peratus memilih berjimat cermat, diikuti 14 peratus yang mahu menambah pendapatan dan 15 peratus kekal dengan keadaan semasa.Sementara itu, YouTube mencatat jumlah responden tertinggi iaitu 469 undian, dengan 83 peratus memilih untuk berjimat cermat.Sebanyak 10 peratus mahu meningkatkan pendapatan dan lapan peratus tidak bercadang membuat perubahan.Secara keseluruhan, dapatan tersebut menunjukkan rakyat lebih cenderung mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan berbanding mencari sumber pendapatan tambahan.
Go to News Site