Collector
‘Liong Sik tokoh berdedikasi bangunkan sektor pengangkutan, pendidikan’ - Ahmad Zahid | Collector
‘Liong Sik tokoh berdedikasi bangunkan sektor pengangkutan, pendidikan’ - Ahmad Zahid
Sinar Harian

‘Liong Sik tokoh berdedikasi bangunkan sektor pengangkutan, pendidikan’ - Ahmad Zahid

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik yang meninggal dunia pada pagi Sabtu.Ahmad Zahid berkata, pemergian bekas Menteri Pengangkutan itu disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada negara kerana sumbangan baktinya, khususnya dalam pembangunan infrastruktur."Mendiang dikenang sebagai seorang tokoh yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, khususnya dalam membangunkan sektor pengangkutan negara serta memperkukuh institusi pendidikan yang memberi manfaat kepada generasi hari ini."Kepada keluarga mendiang, saya doakan agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini. Negara turut berkabung bersama kalian," katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengesahkan Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun.Sepanjang perkhidmatan sebagai Menteri Pengangkutan dari 1986 hingga meletakkan jawatan pada 2003, Liong Sik memainkan peranan penting dalam pemodenan pelabuhan negara termasuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai hab pemindahan global, sekali gus meningkatkan daya saing Malaysia dalam perdagangan antarabangsa.Ujar Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, Liong Sik turut memaparkan rekod prestasi kepimpinan yang baik dalam mengemudi MCA."Sepanjang perjalanan kepimpinannya, beliau memperlihatkan komitmen dan kecintaan yang mendalam terhadap negara dan parti, khususnya ketika keberadaannya dalam Barisan Nasional (BN)."Jasa dan sumbangan beliau akan terus terpahat dalam lipatan sejarah serta dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.

Go to News Site