Collector
Ramaja 14 tahun ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang | Collector
Ramaja 14 tahun ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang
Sinar Harian

Ramaja 14 tahun ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang

JERANTUT – Jasad salah seorang daripada dua remaja yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Durian Hijau di sini pada Jumaat ditemukan pada Sabtu.Mangsa, Muhammad Danial Haikal Shamsudin, 14, ditemukan pada jam 4.20 petang pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, jasad mangsa ditemukan kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dipercayai dihanyutkan arus."Penemuan dibuat oleh pasukan SAR yang menjalankan pencarian sejak kejadian dilaporkan."Operasi pencarian akan diteruskan bagi mengesan seorang lagi mangsa yang masih hilang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Terdahulu, dalam kejadian petang Jumaat, Muhammad Danial Haikal bersama rakannya, Muhammad Amirul Ashraf Abdullah, 14, dilaporkan hilang dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi bersama rakan-rakan. Kedua-duanya merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24.Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.49 petang Jumaat berhubung kejadian itu.

Go to News Site