Collector
Petronas kini pengimport bersih bahan api - Anwar | Collector
Petronas kini pengimport bersih bahan api - Anwar
Sinar Harian

Petronas kini pengimport bersih bahan api - Anwar

IPOH - Syarikat minyak negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini berstatus pengimport bersih (net importer) bahan api dan bukan lagi pengeksport seperti yang difahami sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, keadaan itu menjelaskan mengapa Malaysia masih terdedah kepada tekanan bekalan tenaga global, meskipun merupakan negara pengeluar minyak."Petronas kini pengimport bersih, kita perlu membeli minyak. Bekalan bagi April dan Mei mencukupi, namun bagi Jun masih belum pasti," kata beliau ketika merasmikan Program Madani Rakyat 2026 Perak di sini pada Sabtu. Anwar berkata demikian bagi menjawab tanggapan bahawa Malaysia tidak sepatutnya berdepan krisis minyak berikutan konflik di Asia Barat.Perdana Menteri berkata situasi itu memerlukan semua pihak untuk memahami realiti semasa serta bekerjasama mencari penyelesaian bagi memastikan kestabilan bekalan tenaga negara. - Bernama

Go to News Site