Collector
Rahman Dahlan letak jawatan Ketua UMNO Bahagian Tuaran | Collector
Rahman Dahlan letak jawatan Ketua UMNO Bahagian Tuaran
Sinar Harian

Rahman Dahlan letak jawatan Ketua UMNO Bahagian Tuaran

KOTA KINABALU - Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.Bagaimanapun, difahamkan bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu masih kekal sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.Beliau berkata, keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada kepimpinan tertinggi parti, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Abdul Rahman yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Sabah berkata, peletakan jawatan tersebut dibuat atas pertimbangan peribadi dan bukan disebabkan sebarang masalah dalam UMNO Sabah."Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk hala tuju politik dan peranan saya selepas ini," katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan portal berita tempatan.Sementara itu, memetik laporan FMT, Rahman yang juga bekas menteri berkata, situasi semasa politik UMNO Sabah memerlukan pemimpin 'berdarah muda' untuk memastikan kelangsungannya.Sebelum itu, kali terakhir beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kerusi Parlimen Kota Belud namun ditewaskan oleh calon Parti Warisan (Warisan), Isnaraissah Munirah Majilis.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu, beliau dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (PRN) Tempasuk namun mengambil keputusan untuk menarik diri.

Go to News Site