Sinar Harian
SUNGAI PETANI - Dua individu, masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, dekat sini petang Sabtu.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mayat kedua-dua mangsa dijumpai kira-kira jam 7.30 malam dan mereka dipercayai menyertai program anjuran sebuah institusi pengajian tinggi."Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang ketika mereka berkayak secara berkumpulan. Dipercayai ombak kuat dan kayak dinaiki mangsa disyaki tersangkut pada pukat atau jaring nelayan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.Hanyan berkata, terdapat beberapa kayak lain ketika kejadian dan ada yang terbalik namun mereka berjaya diselamatkan.Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini dan siasatan lanjut masih dijalankan. - Bernama
Go to News Site