Collector
Ibu diserang strok di Madinah, anak mohon bantuan rakyat Malaysia | Collector
Ibu diserang strok di Madinah, anak mohon bantuan rakyat Malaysia
Sinar Harian

Ibu diserang strok di Madinah, anak mohon bantuan rakyat Malaysia

SHAH ALAM – Seorang warga emas kini bertarung nyawa selepas diserang strok ketika berada di Madinah, Arab Saudi sejak pertengahan Februari lalu.Halimah Ismail, 64, dimasukkan ke Hospital Al Salam pada 14 Februari lalu selepas mengalami masalah kesihatan serius ketika dalam perjalanan mengerjakan umrah.Anaknya, Muhammad Al Imran Abd Sanief, 25, berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibunya dijangkiti beberapa virus termasuk influenza, Covid-19 dan rhinovirus sebelum keadaannya semakin lemah sehingga terpaksa ditidurkan."Selepas mak sedar, dia tidak boleh bergerak langsung kecuali kepala. Doktor kemudian menjalankan imbasan dan mengesahkan mak mengalami strok."Selepas seminggu, mak dipindahkan ke Hospital King Fahad dan sehingga kini masih menerima rawatan rapi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.Muhammad Al Imran memaklumkan, ibunya kini masih memerlukan pemantauan intensif termasuk menjalani prosedur trakeostomi bagi membantu pernafasan.Mengulas cabaran yang dihadapi, pekerja swasta itu mengakui faktor kewangan menjadi kekangan utama sepanjang berada di luar negara."Cabaran terbesar ialah kos, termasuk ulang-alik ke hospital dan tempat tinggal di sini."Saya juga terpaksa menangguhkan kerja, namun bersyukur majikan sangat memahami keadaan saya," jelasnya.Dalam pada itu, Muhammad Al Imran memberitahu, keluarganya kini sedang berusaha membawa pulang ibunya ke tanah air dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Jeddah.Bagaimanapun menurutnya, kos keseluruhan dianggarkan melebihi RM200,000 selepas permohonan insurans ditolak."Saya sangat berharap bantuan daripada rakyat Malaysia sama ada dari segi doa mahupun kewangan bagi menampung kos rawatan dan urusan membawa pulang," katanya.

Go to News Site