Sinar Harian
KUALA NERUS - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin masih berteka-teki mengenai status 'rumah baharu' yang bakal diumumkan malah turut memberi bayangan bahawa wadah politik tersebut mungkin sebuah parti sedia ada yang kini berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menjelaskan, kekeliruan timbul apabila beliau menggunakan istilah 'rumah baharu', sedangkan ia tidak semestinya merujuk kepada sebuah parti yang baharu ditubuhkan secara rasmi.Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelaskan, kekeliruan timbul apabila beliau menggunakan istilah 'rumah baharu', sedangkan ia tidak semestinya merujuk kepada sebuah parti yang baharu ditubuhkan secara rasmi."Dia bila kita kata rumah baharu tu, apakah ia merupakan parti baharu ataupun parti yang sedia ada? Jawapannya adalah tidak semestinya parti yang baharu ditubuhkan."Ya... kemungkinan parti yang sedia ada. Insya-ALLAH, apa salahnya (menyertai Pas). Pada saya rumah saya itu rumah baru saya, tapi rumah itu mungkin sudah tersedia ada," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Pidato Penyatuan Ummah sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 di pekarangan Kompleks Sukan Terengganu di sini pada Sabtu.Mengulas mengenai penglibatan parti tersebut dalam gabungan pembangkang (PN), Hamzah mencetuskan tanda tanya apabila memberikan bayangan bahawa entiti politik itu sememangnya sudah menjadi komponen dalam gabungan berkenaan."Menyertai ataupun sudah ada dalam Perikatan Nasional? Sebab itu saya kata tadi kita kena tunggu. Parti baru saya, tetapi parti itu mungkin sudah ada dalam PN," ujarnya.Dalam pada itu, Hamzah menyelar dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan tindakan beliau sebagai tidak wajar selepas meninggalkan Bersatu.Tegas beliau, sehingga kini jawatan ahli Parlimen yang dipegangnya masih atas mandat PN, malah beliau mendapat sokongan majoriti daripada rakan sejawatnya yang lain."Saya masih lagi bersama Perikatan Nasional. Hari ini saya bertanding pun atas watikah yang diberikan oleh Perikatan Nasional."19 daripada 25 ahli Parlimen (Bersatu) bersama dengan saya. Siapa yang tidak wajarnya? Mungkin dia 'minoriti' sepatutnya tidak wajar duduk di situ," katanya lagi.Beliau turut mengesahkan selain 19 ahli Parlimen yang menyatakan sokongan secara terbuka, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari seluruh negara juga bakal mengikut jejak langkah beliau.Ditanya mengenai hala tuju dan perjuangan parti tersebut, Hamzah menekankan bahawa ia melangkaui soal kelangsungan politik individu, sebaliknya fokus kepada kepimpinan Melayu yang adil dan berpegang kepada prinsip agama serta Rukun Negara."Yang penting adalah perjuangan itu harus diteruskan. Hari ini kita membincangkan masalah orang Melayu. Orang Melayu mahu melihat negara ini terus dipimpin oleh pemimpin Melayu yang tahu bagaimana nak memberikan keadilan kepada semua," jelasnya.Sebelum ini, Hamzah dilaporkan dipecat daripada keahlian Bersatu berkuat kuasa serta-merta menerusi Notis Pemecatan Keahlian bertarikh 13 Februari 2026 dengan rujukan BERSATU/LD/RPT/108/25.Menerusi notis berkenaan, Lembaga Disiplin Bersatu memaklumkan keputusan itu dibuat selepas bersidang pada 12 Februari 2026.Menurut notis itu, keputusan pemecatan dibuat di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakan Hamzah yang didakwa melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti berkenaan.Susulan itu, timbul desas desus bahawa beliau akan memimpin Parti Keluarga Malaysia, bagi meneruskan kelangsungan perjuangan politiknya.Perkara itu turut disahkan pengasas parti berkenaan, Khairi Jaya dengan menyatakan sehingga kini usaha bagi membuka laluan terhadap Ketua Pembangkang terbabit memimpin parti terbabit hampir pasti.
Go to News Site