Collector
Mayat Muhammad Amirul ditemui, pencarian tiga hari berakhir | Collector
Mayat Muhammad Amirul ditemui, pencarian tiga hari berakhir
Sinar Harian

Mayat Muhammad Amirul ditemui, pencarian tiga hari berakhir

JERANTUT – Mayat seorang lagi remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Kampung Durian Hijau di sini ditemukan pada Ahad, sekali gus melengkapkan penemuan dua mangsa selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR).Mangsa, Muhammad Amirul Ashraf Abdullah, 14, ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 9.50 pagi pada jarak sekitar tiga kilometer (km) dari lokasi mangsa dihanyutkan arus deras.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa ditemukan sebelum dibawa naik ke tebing oleh anggota penyelamat."Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke unit forensik hospital bagi proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum itu, mayat seorang lagi mangsa, Muhammad Danial Haikal Shamsudin, turut ditemukan pada jam 4.20 petang Sabtu kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.Terdahulu, kedua-duanya merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24 yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan-rakan pada Jumaat.Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.49 petang.

Go to News Site