Collector
Jangan biarkan perbezaan dalaman lemahkan PKR - Ramanan | Collector
Jangan biarkan perbezaan dalaman lemahkan PKR - Ramanan
Sinar Harian

Jangan biarkan perbezaan dalaman lemahkan PKR - Ramanan

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan parti tidak boleh berpecah atau dibelenggu polemik dalaman yang boleh melemahkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.Menteri Sumber Manusia itu, menekankan bahawa kekuatan sebenar parti terletak pada kesatuan hati dan disiplin seluruh jentera parti di setiap peringkat.Dalam nada tegas, beliau menegur individu yang dilihat kerap mengkritik parti secara terbuka sehingga memberi ruang kepada pihak lawan memanipulasi keadaan.Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang kebelakangan ini sering mengeluarkan pandangan kritikal terhadap hala tuju parti dan kepimpinan."Ini bukan masanya untuk kita berbalas kenyataan di luar. Setiap perbezaan pandangan harus diselesaikan secara dalaman demi menjaga kekuatan parti," tegas beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen PKR Johor yang turut dihadiri Perdana Menteri merangkap Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Ahad.Pada Jumaat, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Johor, Datuk Seri Zaliha Mustafa menegur tindakan berterusan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli menyuarakan pandangan secara terbuka kini mencetuskan perbincangan hangat yang berpotensi menjejaskan keharmonian dalaman serta kekuatan Parti PKR.Tegasnya, pendekatan menyuarakan isu secara terbuka, khususnya yang melibatkan tuduhan serius, perlu ditangani dengan lebih berhati-hati agar tidak menjejaskan disiplin parti serta kepercayaan anggota.Dalam pada itu, Ramanan menambah, dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu, kestabilan politik dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan perlu dipelihara, dan ia bermula dengan kesepaduan dalam parti sendiri.Beliau turut menyeru seluruh jentera PKR di Johor untuk memperkemas persiapan, memperkukuh organisasi serta bergerak sebagai satu pasukan yang tersusun bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti."Konvensyen PKR Johor menjadi platform penting untuk menyelaras gerak kerja serta menyuntik semangat perjuangan anggota, dengan mesej jelas bahawa kesatuan, kesetiaan, dan fokus terhadap perjuangan mesti mengatasi kepentingan peribadi," ujarnya.

Go to News Site