Collector
Dua lelaki ditahan ketika leka isi diesel dalam tong dram tanpa permit | Collector
Dua lelaki ditahan ketika leka isi diesel dalam tong dram tanpa permit
Sinar Harian

Dua lelaki ditahan ketika leka isi diesel dalam tong dram tanpa permit

LAHAD DATU - Dua lelaki yang sedang leka mengisi diesel ke dalam tong dram di sebuah stesen minyak di sini, ditahan ketika pemeriksaan di stesen minyak sekitar daerah ini pada tengah malam Ahad.Dalam pemantauan kira-kira jam 12 tengah malam itu, kedua-dua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an ditahan bersama 1,000 liter diesel yang diisi ke dalam tong dram yang diletakkan di atas dua kenderaan pacuan empat roda.Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Lahad Datu, Azizul Amran berkata, kegiatan tersebut dikesan ketika pemeriksaan dijalankan oleh anggotanya."Semasa pemeriksaan dijalankan, anggota kita telah mengesan dua lelaki tempatan sedang melakukan pengisian minyak diesel ke dalam tong dram yang diletakkan di atas dua kenderaan jenis pacuan empat roda."Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit kebenaran bagi pengisian minyak diesel tersebut," katanya dalam kenyataan.Menurutnya lagi, susulan itu, kedua-dua lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961."Diesel bersama pacuan empat roda dengan nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM117,150 turut dirampas untuk tindakan selanjutnya," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa KPDN Cawangan Lahad Datu akan terus mempergiatkan pemantauan serta tindakan penguatkuasaan bagi membanteras sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan."Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan bahan api," katanya.

Go to News Site