Sinar Harian
KENINGAU - Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas lalu merempuh pam minyak selepas pemandunya mengisi diesel di salah sebuah stesen minyak di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, pemandu warga emas berusia 73 mengalami pening kepala dan dirawat di Hospital Keningau.Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, kejadian melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Avanza yang telah melanggar pam minyak dan sebuah pacuan empat roda."Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu keluar dari stesen minyak selepas selesai mengisi minyak."Namun pemandu telah hilang kawalan lalu terlanggar pam minyak kemudian terlanggar lagi bahagian belakang sebelah kiri pacuan empat roda yang turut berada di pam sama untuk mengisi minyak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.Yampil berkata, akibat kemalangan itu, pam minyak dan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan."Pemandu MPV tidak cedera namun dihantar ke hospital kerana mengalami pening manakala pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan."Kejadian disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya.
Go to News Site