Collector
'Kami tak selesa tapi mereka sudah lama di sini' - Penduduk | Collector
'Kami tak selesa tapi mereka sudah lama di sini' - Penduduk
Sinar Harian

'Kami tak selesa tapi mereka sudah lama di sini' - Penduduk

SHAH ALAM - 'Kami tak selesa, rimas tapi nak buat macam mana, mereka dah lama di sini."Itu antara luahan penduduk berdekatan kawasan 'perkampungan' haram pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dibina di kawasan berbukit ladang kelapa sawit di Setia Alam di sini.Individu yang hanya mahu dikenali sebagai Rahman, 32, berkata, kawasan ini sememangnya seolah-olah didominasi oleh warga asing yang tinggal di beberapa lokasi di dalam kawasan kebun kelapa sawit terbiar itu sejak puluhan tahun lalu."Mereka ini bukan baru setahun dua buka penempatan di sini, dah beranak-pinak dan mungkin sudah bergenerasi."Setakat ini, setahu saya mereka tak pernah timbulkan sebarang masalah kepada penduduk tempatan, tapi itulah kita pula yang rasa tak selesa," katanya pada Ahad.Katanya, apa yang menghairankan, mereka ini seolah-olah tidak menghiraukan peraturan dan undang-undang ditetapkan."Kalau kita sekali pun warga tempatan, bina rumah di tanah yang kita tak tahu siapa pemiliknya, pasti risau berdepan dengan tindakan undang-undang, tapi tidak bagi mereka."Saya tak pernah masuk kawasan mereka tapi apa yang saya tahu, mereka ini bina komuniti mereka sendiri dan perkampungan haram ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau serta kedai runcit," katanya.Seorang lagi individu yang enggan dikenali berkata, kewujudan perkampungan haram didiami warga asing seharusnya tidak boleh berlaku dan perlu tindakan tegas pihak berkuasa."Mereka sewenangnya bina rumah, bina penempatan, tapi kita warga tempatan, kena keluar duit untuk sewa rumah dan sebagainya. Bagi saya ini tidak adil."Memang serbuan dan operasi pernah dijalankan, tapi perlu kepada satu tindakan drastik, kalau boleh terus tutup penempatan haram ini dan jangan biarkan ia wujud lagi," katanya.Sinar Harian yang melakukan tinjauan mendapati terdapat beberapa lokasi dipercayai menjadi laluan menuju ke perkampungan haram didakwa dihuni warga asing di sini.Dipercayai terdapat tiga lokasi menjadi penempatan haram ini dan memiliki akses ke jalan utama.Dalam pada itu, seorang lagi penduduk tempatan yang enggan dikenali mendakwa penempatan ini dipercayai mempunyai pemiliknya."Tak logik kalau dikatakan tanah tiada tuan, pasti ada pemilik dan mustahil pemilik tidak tahu tanahnya dijadikan lokasi penempatan haram."Saya gesa pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini. Kita mahu dalang di sebalik semua ini segera dibawa ke muka pengadilan," katanya.Jelasnya, sekiranya terdapat unsur penyelewengan misalnya sengaja menyewakan tanah kepada warga asing maka ia perlu diambil tindakan tegas dan segera."Jangan mengaut keuntungan secara membabi buta tanpa memikirkan impak kepada penduduk sekitar."Perbuatan itu jelas sekali pengkhianatan bukan sahaja kepada diri sendiri malah negara, bayangkan pihak berkuasa siang malam menguatkuasa undang-undang melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) tapi ada pula yang bertindak seolah olah menyembunyikan mereka ini, jelas sekali ia seolah menjual maruah negara," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menggempur lokasi dipercayai dijadikan 'perkampungan' haram pendatang asing tanpa izin (PATI) di sini pada Sabtu.Op Bersepadu Mega itu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dengan dibantu JIM Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang selain Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, dipercayai tiga penempatan terbabit telah wujud antara lima hingga sembilan tahun yang lalu.Beliau berkata, seramai 356 warga asing telah diperiksa sepanjang operasi terbabit dan seramai 214 disyaki PATI ditahan membabitkan 120 lelaki, 65 wanita, 16 kanak-kanak lelaki serta 13 kanak-kanak perempuan berusia satu bulan hingga 80 tahun.Ujar beliau, semakan awal tangkapan membabitkan warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan dan Sri Lanka yang rata-ratanya bekerja sebagai buruh dan pekerja pembersihan sekitar Setia Alam.Kata beliau, JIM tidak tolak kemungkinan tiga penempatan itu masing-masing 'dijaga' individu yang berperanan sebagai ketua bagi sewa bulanan.Jelasnya, antara kesalahan dikenal pasti ialah tinggal lebih masa dan tiada dokumen pengenalan diri.

Go to News Site