Collector
KPM, IPG bantu bawa pulang jenazah pelajar lemas ke Sarawak | Collector
KPM, IPG bantu bawa pulang jenazah pelajar lemas ke Sarawak
Sinar Harian

KPM, IPG bantu bawa pulang jenazah pelajar lemas ke Sarawak

ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan menguruskan segala keperluan untuk membawa pulang jenazah dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis ke Sarawak yang lemas ketika melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka dekat Sungai Petani semalam.Timbalan Menteri KPM, Wong Kah Woh berkata, kementerian bersama pihak IPG akan memberikan bantuan sepenuhnya kepada keluarga kedua-dua mangsa yang baru memasuki tahun kedua pengajian di institut berkenaan."KPM berdukacita dan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat. Kita telah kehilangan dua bakal guru cemerlang dan ini merupakan satu kerugian bagi kita," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada Ahad.Dalam kejadian petang semalam, dua pelajar IPG itu, Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20, ditemukan lemas pada kira-kira 7.30 malam semasa melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka.Difahamkan, mangsa lelaki berasal dari Kuching, manakala mangsa wanita berasal dari Sibu dan waris kedua-duanya telah berada di hospital bagi membuat pengecaman sebelum proses selanjutnya diteruskan.Kah Woh berkata, pihaknya juga akan menyediakan sesi kaunseling kepada pelajar yang terlibat serta penuntut lain yang turut terkesan akibat insiden tragis itu."Siasatan juga dijalankan dalam dua cara, iaitu siasatan polis dan KPM akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan berhubung insiden itu. Siasatan dalaman juga telah dimulakan dengan segera bagi mengenal pasti punca kejadian itu," katanya.Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam hantaran Facebook pada Ahad memaklumkan, KPM telah memulakan siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan, susulan insiden itu, selain ia juga sedang disiasat pihak berkuasa.- Bernama

Go to News Site