Sinar Harian
SUNGAI SIPUT – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mendakwa sentimen rakyat di Perak ketika ini menunjukkan kecenderungan untuk melakukan perubahan kerajaan pada pilihan raya akan datang.Pengerusinya, Ahmad Faizal Azumu berkata, keadaan semasa itu bukan sahaja berlaku di negeri ini malah turut dirasai di seluruh negara yang mahukan Perikatan Nasional (PN) kembali mentadbir.Menurutnya, rasa tidak puas hati rakyat didorong beberapa faktor termasuk kerjasama antara parti dalam kerajaan sedia ada yang didakwa tidak disenangi sebahagian pengundi."Saya mendapati bahawa golongan rakyat begitu bersedia untuk menukar kerajaan lebih-lebih lagi di negeri Perak ini kerana amat tidak bersetuju terutamanya sekali dengan hubungan rapat di antara UMNO dan DAP dan perkara-perkara yang mereka lakukan melukakan hati terutamanya sekali golongan pengundi Melayu."Malah apabila mereka tidak begitu business friendly menyebabkan pengundi-pengundi daripada golongan Tionghua juga telah beralih arah," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Negeri Perak bersama Bersatu Bahagian Sungai Siput di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu di sini pada Ahad.Hadir sama, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Idris Ahmad serta pimpinan parti komponen Perikatan Nasional termasuk wakil Pas dan Gerakan.Ahmad Faizal berkata, PN berpotensi mencipta kejutan sekiranya kerjasama antara parti komponennya terus diperkukuh menjelang pilihan raya umum akan datang.Katanya, kekuatan jentera parti serta sokongan akar umbi akan menjadi penentu penting dalam usaha menawan semula Perak.Menurutnya, tumpuan kini terarah kepada usaha memastikan hubungan antara parti-parti dalam PN rapat dan utuh.
Go to News Site