Collector
Bayar RM8,000 masuk Malaysia, 20 PATI Myanmar dicekup di rumah transit | Collector
Bayar RM8,000 masuk Malaysia, 20 PATI Myanmar dicekup di rumah transit
Sinar Harian

Bayar RM8,000 masuk Malaysia, 20 PATI Myanmar dicekup di rumah transit

KOTA BHARU - Kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai mengenakan bayaran sehingga RM8,000 seorang untuk masuk ke negara ini terbongkar apabila seramai 20 warga Myanmar dicekup di sebuah rumah transit di Chabang Empat, Tumpat pada Sabtu.Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam serbuan itu, pasukan Strike Force berjaya menahan enam wanita dan 14 lelaki berusia antara 19 hingga 36 tahun.Menurut beliau, serbuan kira-kira jam 1.15 tengah hari itu dilakukan hasil maklumat risikan oleh anggota Strike Force Kompeni C dengan bantuan Kompeni B serta Risik Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA)."Hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah."Siasatan awal mendapati mereka dipercayai memasuki negara ini melalui laluan tidak diwartakan dari Thailand menggunakan jalan sungai dengan bantuan ejen," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ujar beliau, setiap individu dipercayai membayar sekitar RM8,000 kepada sindiket bagi membolehkan mereka masuk ke Malaysia untuk bekerja sebagai buruh binaan.Tambahnya, kesemua PATI diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Radzi memberitahu, dua lagi PATI warga Thailand turut diberkas dalam rondaan di Kampung Kedap, Rantau Panjang pada Jumaat.Katanya, kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita ditahan kira-kira jam 6.15 petang selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan berhampiran pangkalan haram Miji di kawasan berkenaan."Hasil pemeriksaan mendapati mereka yang berusia 16 dan 17 tahun itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah selain tidak mempunyai cop kemasukan ke Malaysia."Kedua-duanya mengaku telah bekerja sebagai tukang masak di sebuah premis makanan di Pasir Gudang, Johor sejak awal tahun 2024," katanya.Tambah beliau, kedua-dua PATI terbabit kemudiannya dibawa ke Komtak PGA Taman Bakti sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.Ujarnya, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, manakala kes kedua turut melibatkan Seksyen 5(2) akta sama.

Go to News Site