Collector
Cabaran besar buat KWSP, PNB | Collector
Cabaran besar buat KWSP, PNB
Sinar Harian

Cabaran besar buat KWSP, PNB

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) perlu mencari pelaburan yang lebih baik daripada IJM Corporation Berhad (IJM) sekiranya menerima tawaran Sunway Berhad.Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School, Profesor Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, tawaran harga yang rendah berbanding nilai sebenar aset boleh menjejaskan strategi pelaburan jangka panjang syarikat berkenaan.Menurut beliau, KWSP dan PNB memegang saham IJM bagi menjana pulangan berterusan."Kesan ketara lebih kepada pemegang saham asal kerana KWSP dan PNB memiliki saham IJM untuk maksud pulangan atas pelaburan yang berterusan dan bersifat jangka masa panjang."Jika penjualan dilakukan, kedua-dua institusi berkenaan perlu mencari pelaburan yang serupa atau lebih baik dari IJM namun melihat situasi ekonomi sekarang, mungkin ianya agak sukar dan mencabar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.Tambah Ahmed Razman, penilaian pengambilalihan tidak boleh bergantung kepada faktor kewangan semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira agenda nasional termasuk pemilikan ekuiti bumiputera yang masih belum mencapai sasaran.Jelasnya, syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) bertanggungjawab memastikan kepentingan pelabur terpelihara dengan menjana pulangan kompetitif kepada pencarum dan pemegang unit."Tanggungjawab mereka adalah memastikan simpanan dan pelaburan ahli sentiasa memberi pulangan atas pelaburan yang kompetitif," ujarnya yang turut bersetuju dengan keputusan GLIC menolak cadangan tersebut.Tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat (VTO) bernilai RM11.04 bilion oleh Sunway ke atas IJM kini berdepan cabaran menjelang tarikh tutupnya hari ini berikutan dua GLIC yang keseluruhan memiliki pegangan kira- kira 43.5 peratus dalam IJM setakat ini memutuskan untuk menolak tawaran berkenaan.KWSP dilaporkan menolak tawaran Sunway dan PNB selaku pemegang saham kedua, memutuskan perkara sama melibatkan pegangan 13.5 peratus miliknya dalam konglomerat berkenaan.Untuk rekod, Sunway perlu memperoleh pegangan ekuiti sekurang-kurangnya 50 peratus ditambah satu saham dalam IJM bagi membolehkan tawaran pengambilalihan itu berkuatkuasa.Bagaimanapun, untuk menyahsenarai IJM secara mandatori dan menjadikannya syarikat persendirian, Sunway memerlukan kelulusan 90 peratus pemegang saham, satu ambang yang dilihat sukar dicapai susulan penolakan PNB.

Go to News Site