Collector
Lebih 5,000 CCTV pantau Kuala Lumpur | Collector
Lebih 5,000 CCTV pantau Kuala Lumpur
Sinar Harian

Lebih 5,000 CCTV pantau Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan memaklumkan lebih 5,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang di sekitar ibu kota setakat ini.Menurut beliau, pemasangan kamera itu tidak hanya tertumpu di persimpangan jalan, malah terdapat perancangan untuk menambah bilangannya ke kawasan strategik lain."Antara kawasan dikenal pasti termasuk di sekeliling taman rekreasi, stesen Transit Aliran Ringan (LRT), stesen Transit aliran Massa (MRT) dan hentian bas."Selain itu, pemasangan CCTV juga perlu melibatkan kawasan tumpuan pelancong dan orang ramai," katanya kepada Sinar Harian.Zahir turut menegaskan, kepentingan penglibatan komuniti dalam meningkatkan kesedaran terhadap isu keselamatan, selain mencadangkan keterlibatan pihak swasta menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR)."Pihak swasta boleh memainkan peranan dengan menyumbang kepada projek keselamatan termasuk pemasangan CCTV berhampiran pejabat atau bangunan masing-masing."Pendekatan integrasi melibatkan semua agensi dan pemegang taruh amat penting bagi memastikan usaha ini benar-benar berkesan," ujarnya.

Go to News Site