Collector
Rempuh pagar dengan lori, kumpulan individu bertopeng pecah masuk pusat hiburan | Collector
Rempuh pagar dengan lori, kumpulan individu bertopeng pecah masuk pusat hiburan
Sinar Harian

Rempuh pagar dengan lori, kumpulan individu bertopeng pecah masuk pusat hiburan

KUALA LUMPUR – Umpama dalam filem aksi, itu antara tindakan sekumpulan individu bertopeng yang bertindak merempuh pagar menggunakan lori sebelum menceroboh masuk serta memecahkan barangan sebuah pusat hiburan di Cheras di sini pada Ahad.Aksi dramatik itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan sebelum rakaman terbabit tular di media sosial.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden kekecohan itu pada jam 7.30 malam.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan dipercayai berlaku lebih awal iaitu sekitar jam 1.30 tengah hari pada hari sama."Sekumpulan suspek dipercayai menggunakan sebuah lori untuk merempuh pintu pagar premis sebelum menceroboh masuk ke dalam pusat hiburan tersebut."Mereka kemudiannya bertindak melakukan khianat dengan memecahkan pelbagai barangan di dalam premis berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan semua suspek sedang giat dijalankan."Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan," ujarnya.Tambah beliau, polis turut meneliti rakaman CCTV yang tular bagi membantu mengenal pasti identiti suspek terlibat.

Go to News Site