Collector
RM60 satu trip: ‘Runner’ diesel kantoi guna lori ubah suai ke pangkalan haram | Collector
RM60 satu trip: ‘Runner’ diesel kantoi guna lori ubah suai ke pangkalan haram
Sinar Harian

RM60 satu trip: ‘Runner’ diesel kantoi guna lori ubah suai ke pangkalan haram

KOTA BHARU - Hanya dibayar RM60 bagi setiap penghantaran, seorang lelaki sanggup mempertaruhkan diri menjadi ‘runner’ diesel dengan menggunakan lori yang diubah suai untuk menyeludup bahan bakar terbabit ke pangkalan haram sekitar Sungai Golok.Taktik itu bagaimanapun terbongkar apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan suspek dalam Ops Tiris bersepadu di Jeram Perdah, Rantau Panjang pada Rabu.Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam operasi kira-kira jam 9.45 pagi itu, pasukan Strike Force Kompeni C Batalion 9 PGA bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pasir Mas mengesan sebuah lori jenis Ford Trader dalam keadaan mencurigakan di Kampung Kubang Bemban."Pemeriksaan lanjut mendapati lori tersebut telah diubah suai dengan tangki tambahan yang mengandungi kira-kira 320 liter minyak diesel."Siasatan awal mendapati suspek mengaku menghantar diesel ke pangkalan haram di Nibong untuk diseludup ke Thailand dengan bayaran RM60 bagi setiap trip," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Menurut beliau, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan dan dibawa ke Komtak Jeram Perdah sebelum kes diserahkan kepada pihak KPDN untuk tindakan lanjut.Ujarnya, jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk lori, tangki ubah suai dan diesel dianggarkan RM84,766.40.Dalam perkembangan sama, Ahmad Radzi memberitahu, satu lagi cubaan penyeludupan berjaya dipatahkan di Pengkalan Kubor, Tumpat apabila PGA menemui tong jerikin berisi petrol yang ditinggalkan di bawah Jambatan Pulau Ular.Beliau berkata, operasi sekitar jam 5 pagi itu menemukan 10 tong jerikin mengandungi petrol dengan jumlah keseluruhan dianggarkan 180 liter."Pasukan menunggu pemilik namun tiada pihak tampil. Rampasan dibuat kerana disyaki petrol itu akan diseludup ke Thailand melalui laluan tidak diwartakan," katanya.Ujar beliau, kesemua rampasan telah dibawa ke Komtak PGA Pengkalan Kubor sebelum diserahkan kepada KPDN Kota Bharu.Tambahnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM696.60 dan kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Go to News Site