Collector
Van Dijk mohon maaf, akui Liverpool kecewakan penyokong | Collector
Van Dijk mohon maaf, akui Liverpool kecewakan penyokong
Sinar Harian

Van Dijk mohon maaf, akui Liverpool kecewakan penyokong

KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk tampil memohon maaf secara terbuka kepada penyokong selepas mengakui pasukannya seolah-olah ‘menyerah kalah’ ketika tewas 0-4 kepada Manchester City dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Etihad.Skuad kendalian Arne Slot itu mempamerkan aksi hambar yang menyaksikan mereka ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama menerusi dua gol Erling Haaland.Harapan The Reds untuk bangkit musnah sejurus babak kedua bermula apabila Antoine Semenyo menambah duka pelawat, sebelum Haaland melengkapkan hatriknya untuk memastikan kemenangan mutlak skuad kendalian Pep Guardiola.Kekalahan memalukan itu turut menyaksikan kira-kira 8,000 penyokong Liverpool bertindak meninggalkan stadium lebih awal sebelum wisel penamat ditiup.Van Dijk yang mengakui kesilapannya memberikan sepakan penalti kepada City pada babak pertama, menegaskan bahawa rakan sepasukannya juga perlu memikul tanggungjawab atas persembahan buruk tersebut."Saya hanya mampu memohon maaf kepada penyokong atas apa yang kami pamerkan, terutamanya pada separuh masa kedua."Sudah tentu kami keluar dari bilik persalinan dengan niat yang betul, berharap dapat menjaringkan gol untuk kedudukan 2-1 secepat mungkin bagi mengubah permainan."Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Untuk bangkit daripada ketinggalan 0-3 di sini (Etihad) memang sangat sukar, tetapi kami tidak sepatutnya menyerah kalah dan itulah yang mungkin berlaku pada satu ketika," katanya.Pemain pertahanan Belanda itu turut mengakui prestasi longlai itu sangat melukakan hati semua pihak yang terlibat dengan kelab tersebut."Kami mengecewakan penyokong, diri sendiri dan juga pengurus. Cara kami bermain pada separuh masa kedua amat menyakitkan buat semua orang. Ia pastinya menyakitkan saya," ujarnya lagi.Keputusan buruk itu kini meningkatkan tekanan ke atas Arne Slot memandangkan Liverpool bakal berdepan tugas berat menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Perancis pada Rabu.Dengan harapan menjulang trofi domestik kini terkubur, Liverpool terpaksa mengalihkan tumpuan sepenuhnya untuk memenangi Liga Juara-Juara serta memastikan slot kelayakan ke kejohanan itu musim depan."PSG sedang menunggu kami. Saya ada menonton perlawanan mereka sedikit pada Jumaat. Ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar, jadi kami perlu bersedia dari segi mental secepat mungkin."Kami mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri dan terutamanya kepada penyokong. Jika kami mahu menghasilkan sesuatu daripada musim ini, kami perlu melakukan sesuatu yang istimewa dalam tiga perlawanan akan datang," tegas Van Dijk.Selepas aksi menentang PSG, Liverpool dijadualkan bertemu Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebelum kembali melayan kunjungan kelab Perancis itu untuk aksi timbal balik.

Go to News Site