Collector
BMS Holdings buka bilik pameran baharu di Impian Emas | Collector
BMS Holdings buka bilik pameran baharu di Impian Emas
Sinar Harian

BMS Holdings buka bilik pameran baharu di Impian Emas

JOHOR BAHRU - Peruncit dan pengedar jubin, permukaan batu, peralatan mandian serta dapur di bawah jenama Jubin BMS, BMS Holdings Bhd (BMS Holdings) terus mengukuhkan kedudukannya di Johor dengan pembukaan bilik pameran terbaharu di Impian Emas di sini.Bilik pameran yang merupakan cawangan ke-22 Jubin BMS itu akan memudahkan pemilik rumah, pereka dan kontraktor mendapatkan jubin berkualiti tinggi yang mampu milik, kelengkapan bilik air dan dapur, serta dekorasi moden.Pengarah Urusan BMS Holdings, Ang Kwee Peng berkata, pembukaan bilik pameran ini bukan sekadar menambah cawangan baru tetapi menandakan fasa baharu dalam perjalanan syarikat. "Johor memegang kedudukan yang sangat istimewa dalam perjalanan kami kerana di sinilah BMS bermula."Keupayaan untuk terus berkembang di negeri ini menjadikan pembukaan ini amat bermakna. Johor kini sedang mengalami pertumbuhan pasaran yang rancak dan kukuh."Sementara Taman Impian Emas telah berkembang menjadi sebuah kawasan matang dengan gabungan pembangunan kediaman dan komersial, serta projek-projek baharu yang menarik di sekitarnya," katanya. Beliau berkata pada Majlis Pembukaan Bilik Pameran ke-22, BMS Holdings Bhd di Taman Impian Emas, di sini pada Sabtu.Hadir sama, Ketua Pegawai Kewangan BMS Holdings Berhad, Terrence Queck; Ketua Pegawai Pemasaran, Nicky Ang; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Tan Lay Beng; Pengarah Urusan, Ang Kwee Peng; Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, Datuk Adillah Ahmad Nordin; Pengarah Eksekutif, Lee Kok Chuan; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Kok Kwee Chee; serta Ketua Pegawai Operasi, Lee Kong Siong.Menurut beliau, keseimbangan antara pembangunan baharu dan kawasan perumahan sedia ada di Taman Impian Emas ia  dijangka menyokong permintaan berterusan daripada pemilik rumah, pereka dan kontraktor."Dengan komuniti pemilik rumah, pereka dan kontraktor yang kukuh di kawasan ini, kami percaya lokasi ini mempunyai potensi tinggi dan strategik bagi Kumpulan BMS. "Kami mahu menjadi jambatan yang menghubungkan anda kepada jubin berkualiti tinggi yang mampu milik, kelengkapan bilik air dan dapur, serta dekorasi moden," ujarnya.Jelasnya, bilik pameran baharu seluas hampir 650 meter persegi direka dengan konsep "Customer First" bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan produk sambil memberi inspirasi. Ia menampilkan pelbagai jenis jubin, permukaan batu, serta produk bilik air dan dapur moden.Pada majlis itu, BMS Holdings juga mengumumkan cawangan ke-23 di Shah Alam Seksyen 15 yang akan dibuka pada 11 April ini.Dalam majlis itu, pengunjung dijemput untuk mendaftar sebagai ahli bagi menikmati hadiah istimewa serta berkongsi idea dekorasi rumah bersama pasukan BMS Holdings."Customer First' sentiasa menjadi misi kami, dan kami di sini untuk merealisasikan ruang impian pelanggan."Kami berharap dapat terus memberikan perkhidmatan yang lebih baik bersama komuniti," katanya.

Go to News Site