Collector
Zahid hargai jasa Karam Singh Walia angkat isu alam sekitar | Collector
Zahid hargai jasa Karam Singh Walia angkat isu alam sekitar
Sinar Harian

Zahid hargai jasa Karam Singh Walia angkat isu alam sekitar

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan wartawan penyiaran terkenal, Datuk Karam Singh Walia yang disifatkan banyak membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar.Beliau berkata, mendiang merupakan antara tokoh penting dalam dunia kewartawanan negara yang berjaya mengangkat isu-isu alam sekitar kepada perhatian umum secara konsisten dan berkesan."Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kewartawanan negara. Mendiang dikenang sebagai seorang tokoh yang komited dalam membawa isu alam sekitar kepada perhatian umum, dengan gaya penyampaian tersendiri yang kekal dalam ingatan ramai."Kemunculan beliau di kaca televisyen, khususnya dalam laporan lapangan sentiasa menjadi tarikan. Susunan ayat, gaya penyampaian dan personaliti beliau yang unik menjadikan mendiang antara figura yang dekat di hati penonton suatu ketika dahulu," katanya menerusi hantaran di Facebook.Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergian wartawan berkenaan yang telah menghembuskan nafas terakhir, pagi tadi.Dilahirkan pada 1959 di Teluk Intan, Perak dalam keluarga bekas anggota polis, Karam Singh, 67, memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran di TV3 pada 1995 sebelum bersara pada 2014 berikutan masalah kesihatan.Beliau yang dikenali sebagai antara wartawan alam sekitar paling berpengaruh di negara ini pernah memenangi Anugerah Seri Angkasa sebanyak dua kali serta Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) bagi kategori Wartawan Televisyen Alam Sekitar Terbaik selama empat tahun berturut-turut dari 2004 hingga 2007.Mendiang merupakan antara penerima Tabung Kasih@HAWANA dalam kalangan media pada Jun 2024.Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menyifatkan pemergian Karam Singh sebagai satu kehilangan besar yang meninggalkan kekosongan sukar diganti dalam dunia kewartawanan tanah air."Suara beliau, gaya penyampaian beliau, dan pantun-pantun yang sentiasa mengiringi setiap laporan, semuanya begitu ikonik, begitu dekat di hati rakyat. Ia bukan sekadar laporan berita, tetapi satu sentuhan jiwa yang menjadikan beliau berbeza, dan sentiasa dirindui."Sesungguhnya, pemergian beliau bukan sekadar kehilangan seorang wartawan, tetapi hilangnya satu suara yang pernah mendidik, menyentuh, dan menyatukan rakyat melalui kata-kata," katanya menerusi hantaran di Facebook.Beliau turut berkongsi kenangan menziarahi mendiang pada Jun 2024 bagi menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA melalui Bernama. - Bernama

Go to News Site