Sinar Harian
KOTA BHARU - Sebuah bilik darjah yang terletak di aras tiga di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peir Chih di Jalan Long Yunus di sini terbakar pada Isnin.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II Zuzuki Safei berkata, kejadian tersebut tidak melibatkan murid serta guru sekolah."Ini kerana saya dimaklum ia adalah kelas seni lukis dan sudah tiga bulan tidak digunakan untuk sebarang aktiviti pembelajaran."Kebakaran terbabit melibatkan hampir 60 peratus bilik darjah tersebut," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.23 pagi dan tiba di lokasi kira-kira jam 10.31 pagi.Ujarnya, operasi terbabit melibatkan 23 anggota dari BBP Kota Baru, Kota Darul Naim dan Pengkalan Chepa, manakala operasi pemadaman tamat sekitar jam 11.22 pagi.
Go to News Site