Collector
Lelaki maut ditikam rakan, mayat ditemui tepi jalan | Collector
Lelaki maut ditikam rakan, mayat ditemui tepi jalan
Sinar Harian

Lelaki maut ditikam rakan, mayat ditemui tepi jalan

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai ditikam kenalannya dalam kejadian di Lorong IKS Juru 5, Simpang Ampat, di sini pada malam Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, pihak polis menerima maklumat daripada seorang individu yang dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh suspek sendiri.Siasatan awal bersama pasukan forensik di lokasi kejadian menemui mangsa yang merupakan warga Myanmar, 53, dalam keadaan tertiarap di tepi jalan dengan kesan tikaman di bahagian rusuk.Pemeriksaan lanjut turut membawa kepada penemuan sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu tidak jauh dari lokasi mangsa ditemui.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat."Polis sedang giat mengesan suspek yang identitinya telah dikenal pasti."Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Go to News Site