Collector
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun | Collector
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
Sinar Harian

Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun

PETALING JAYA – Tragedi yang meragut nyawa seorang bayi perempuan, Qaseh Aulia akhirnya mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap bekas pengasuhnya kerana cuai ketika menjaga bayi tersebut di sebuah taska, tiga tahun lalu.Hakim, Dr Syahlizah Warnoh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mulyati Kalim, 54, selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Mahkamah memerintahkan wanita warga Indonesia itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan.Selain itu, tertuduh turut diperintahkan menjalani bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan dua penjamin warganegara tempatan serta cagaran RM5,000.Mahkamah juga mengarahkan Mulyati melaksanakan khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman pemenjaraan.[MENYUSUL]

Go to News Site