Collector
Lelaki tumbuk, tampar adik ipar didenda RM2,000 | Collector
Lelaki tumbuk, tampar adik ipar didenda RM2,000
Sinar Harian

Lelaki tumbuk, tampar adik ipar didenda RM2,000

MELAKA - Seorang pesara didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Isnin selepas mengaku bersalah mencederakan adik iparnya dengan menumbuk dan menampar mangsa di sebuah restoran dalam kejadian Disember tahun lalu.Tertuduh, Razaly Ramly, 69, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap lelaki itu yang berusia 41 tahun di Restoran Maulana Bukit Baru dalam daerah Melaka Tengah kira-kira jam 1 pagi pada 15 Disember lalu.Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, ketika pengadu berada di kawasan parkir motosikal restoran berkenaan, dia didatangi tertuduh yang mencekak leher bajunya.Tertuduh menuduh pengadu bersikap kurang ajar sehingga mencetuskan pertengkaran mulut, dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pengadu terhadap tindakan tertuduh berkahwin secara rahsia dengan kakaknya di Thailand.Pengadu turut memarahi tertuduh kerana mendakwa lelaki itu menjadi punca kakaknya bercerai sebelum berkahwin dengannya.Semasa pertengkaran tersebut, tertuduh didakwa menumbuk dan menampar pipi kiri pengadu sebanyak sekali sambil masih mencekak leher bajunya sebelum beredar dari lokasi kejadian.Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan disahkan mengalami kecederaan tisu lembut pada pipi kiri serta kesan calar pada leher.Tertuduh ditahan bagi membantu siasatan dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Alia Safri, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Amritpal Singh.Dalam rayuannya, pihak pembelaan memohon hukuman ringan dengan mengambil kira tertuduh yang telah berusia serta masalah kesihatan yang dihadapinya.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Go to News Site