Sinar Harian
PEKAN - Polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan seorang penuntut Institut Kemahiran Mara (IKM) Tan Sri Yahya Ahmad yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kehilangan Muhammad Irfan Riduan, 23, dilaporkan bapanya (pengadu) kira-kira jam 3.05 petang hari berkenaan.Menurutnya, pengadu berusia 53 tahun itu mendakwa kali terakhir berhubung anaknya itu kira-kira jam 9 malam, 30 Mac lalu melalui panggilan telefon."Kali terakhir mangsa dilihat berada di IKM Tan Sri Yahya Ahmad menggunakan motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna hitam dengan nombor pendaftaran BLH 6332."Mangsa memiliki ciri fizikal seperti berkulit hitam manis, tinggi kira-kira 160 sentimeter dan berbadan kurus," katanya.Mohd Zaidi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penuntut itu diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 013-6432400."Maklumat itu juga boleh disalurkan melalui Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di talian 09-4221222 atau di mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.
Go to News Site