Collector
Pemandu e-hailing pandu lawan arus di Jalan Klang Lama dipenjara, denda | Collector
Pemandu e-hailing pandu lawan arus di Jalan Klang Lama dipenjara, denda
Sinar Harian

Pemandu e-hailing pandu lawan arus di Jalan Klang Lama dipenjara, denda

KUALA LUMPUR -  Pemandu servis e-hailing yang tular di media sosial kerana memandu kereta secara melawan arus di Jalan Klang Lama, dipenjara tiga hari dan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.Majistret Tg Syazwany Yasmyn Tuan Roslan menjatuhkan hukuman itu terhadap Wong Kok Kong, 32, selepas dia mengaku bersalah memandu Proton Saga berwarna putih dengan cara melulu dan merbahaya kepada pengguna jalan raya lain di Jalan Klang Lama, di sini, pada 9.44 pagi, 5 April lepas.Mahkamah memerintahkan Kok Kong menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan mengarahkannya dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.Mahkamah juga memerintahkan agar lesen memandu tertuduh digantung selama lima tahun.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda boleh sampai RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan.Timbalan Pendakwa Raya Nurbatrisyia Mohd Razib memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh, namun Kok Kong yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan semasa kejadian keadaan fikirannya tidak stabil kerana mempunyai masalah keluarga.Sebelum ini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang mengesan pemandu itu selepas video tersebut tular pada 11.38 pagi semalam."Hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada 9.44 pagi bermula dari persimpangan Jalan Klang Lama/Jalan Sepadu sehingga persimpangan Jalan Klang Lama/Jalan Kuchai Lama."Kenderaan terbabit dikesan memandu melawan arus dengan anggaran jarak kira-kira 500 meter," menurut kenyataan itu. - Bernama

Go to News Site