Collector
Operasi Yayasan Madani timbul tanda tanya, Pemuda MCA gesa kerajaan beri penjelasan | Collector
Operasi Yayasan Madani timbul tanda tanya, Pemuda MCA gesa kerajaan beri penjelasan
Sinar Harian

Operasi Yayasan Madani timbul tanda tanya, Pemuda MCA gesa kerajaan beri penjelasan

SHAH ALAM - Pemuda MCA menggesa kerajaan tampil memberi penjelasan mengenai sumber kewangan, proses pelantikan jawatan serta mekanisme operasi Yayasan Madani supaya bebas daripada sebarang konflik kepentingan.Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung berkata, ini kerana dakwaan inisiatif itu tidak menerima dana daripada kerajaan membangkitkan dua persoalan iaitu pihak yang mengawal sistem dan kemungkinan wujudnya unsur konflik kepentingan.Menurutnya, sedangkan Yayasan Madani dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) manakala pengasas dan pengarahnya merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan."Timbul persoalan, adakah Yayasan Madani boleh disifatkan sebagai badan bebas apabila jawatan pentingnya dipegang oleh ahli politik kerajaan?"Bukankah ini membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan dan juga kekurangan ketelusan dalam proses membuat keputusan?"Lebih membingungkan, bagaimana pula sebuah yayasan yang ditubuhkan tiga tahun lepas dilaporkan mampu membuka beberapa ratus pasar raya kecil di seluruh negara dalam tempoh masa yang singkat?" ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.Tambah Yee Fung, sehingga hari ini, masih tiada penjelasan mengenai jenis sumber yang diguna pakai dan sokongan di sebalik tabir.Malah jelasnya, laman web Yayasan Madani juga tidak menjelaskan modal operasi, sumber kewangan mahupun dana yang digunakan.Beliau memberitahu, mana-mana projek yang memberi kesan kepada rangkaian bekalan keperluan negara haruslah telus."Jika benar Yayasan Madani tidak menerima sokongan atau subsidi daripada kerajaan, perniagaan manakah yang sanggup menyertai sistem ini yang mengenakan yuran francais sambil menyekat saluran bekalan?"Ini tidak logik dari segi komersial. Inilah yang menjadi tanda tanya orang ramai mengenai kewujudan unsur-unsur tersembunyi."Soalan utama adalah sama ada sumber awam dan ruang pasaran sedang diuruskan dan dikawal oleh pihak berkepentingan dalam politik?" ulasnya.

Go to News Site