Collector
Wacana SPRM bentang objektif peranan pendidikan bentuk generasi integriti | Collector
Wacana SPRM bentang objektif peranan pendidikan bentuk generasi integriti
Sinar Harian

Wacana SPRM bentang objektif peranan pendidikan bentuk generasi integriti

KUALA LUMPUR - Peranan pendidikan dalam membentuk generasi berintegriti antara objektif utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi wacana yang akan berlangsung di World Trade Centre (WTC) di sini pada Selasa.Program julung kali diadakan dengan kerjasama Asia e University (AeU) serta WTC itu dijangka dihadiri kira-kira 300 peserta yang terdiri daripada penguat kuasa, ahli akademik dan pemimpin masyarakat dari sektor kerajaan serta swasta.Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, program ini antara lain bertujuan berkongsi pengalaman dan wawasan SPRM mengenai transformasi institusi, penekanan terhadap pendidikan dan pencegahan sebagai langkah ke depan dalam usaha pembanterasan rasuah."Pada masa yang sama, objektif penganjuran wacana ini adalah untuk berbincang peranan pendidikan dalam membentuk generasi berintegriti serta memupuk tanggungjawab sosial terhadap isu rasuah dan salah guna kuasa."Wacana ini dilihat berperanan sebagai platform diaolog antara penguat kuasa, ahli akademik dan pemimpin masyarakat untuk memperkukuh nilai integriti dalam sistem pendidikan dan juga tadbir urus negara," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Jelas Hisyam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dijadual menyampaikan ucaptama, Memperkasa Integriti dan Tadbir Urus Melalui Kepimpinan Beretika.Tambahnya, selain itu panelis untuk wacana tersebut terdiri daripada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Azmi Kamaruzaman; Naib Canselor, Asia e University, Prof Dr Noor Raihan Ab Hamid; Ketua Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Datuk Seri Rosmamn Mohamed; dan Ahli Parlimen Bentong merangkap Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah; YB Young Syefura Othman.Wacana ini akan dikendalikan oleh Ahli Lembaga Pengarah, Institut Integriti Malaysia yang juga Pengerusi, Rapid Bus Sdn Bhd, Datuk Seri Mustafar Ali.Bagi orang ramai yang ingin mengikuti wacana ini boleh layari media sosial Facebook SPRM.

Go to News Site