Collector
Kilang haram antara 110 premis diserbu, rampasan cecah RM55.2 juta | Collector
Kilang haram antara 110 premis diserbu, rampasan cecah RM55.2 juta
Sinar Harian

Kilang haram antara 110 premis diserbu, rampasan cecah RM55.2 juta

KLANG – Kilang haram dan kedai barang lusuh antara 110 premis yang diserbu dalam Op Hazard 3.0 di seluruh negara pada Isnin.Operasi bersepadu itu menyasarkan aktiviti pemprosesan sisa elektronik (e-waste) secara haram yang dikenal pasti memberi ancaman kepada alam sekitar serta melanggar undang-undang.Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata, operasi berkenaan dilaksanakan menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama pelbagai agensi."Op Hazard 3.0 melibatkan keseluruhan 1,611 kekuatan anggota daripada pelbagai agensi."Daripada jumlah itu, seramai 1,089 pegawai dan anggota PDRM terlibat, manakala selebihnya membabitkan agensi lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)," katanya dalam sidang akhbar selepas operasi di Kapar di sini pada Isnin.Beliau berkata, sebanyak 110 premis telah diperiksa yang mana 87 daripadanya dikesan positif menjalankan aktiviti berkaitan e-waste, termasuk 14 kilang haram."Setakat ini, tujuh premis masih dalam pemeriksaan lanjut."Operasi bermula seawal jam 7 pagi dengan penggunaan 293 aset termasuk 201 kereta, 51 van, 30 lori dan 11 dron," katanya.Beliau berkata, pemeriksaan turut melibatkan 729 individu terdiri daripada 154 warganegara dan 575 bukan warganegara."Daripada jumlah itu, seramai 205 individu telah ditahan melibatkan 39 warganegara, 66 bukan warganegara serta 100 warga asing yang berada di negara ini secara tidak sah," katanya.Mengulas rampasan, beliau berkata, pihak berkuasa merampas sebanyak 316,278.5 kilogram (kg) e-waste dan 388,230kg barangan lusuh."Selain itu, sebanyak 9,350kg barangan lain turut dirampas."Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM55,228,165.25," katanya.Menurutnya, pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan sebanyak 342 kompaun bernilai RM82,450 terhadap premis yang melanggar peraturan."Produk akhir hasil pemprosesan e-waste dipercayai akan dihantar ke negara ketiga termasuk China bagi tujuan kitar semula."Bahan ini mengandungi elemen bernilai seperti aluminium, timah, tembaga serta emas yang diekstrak daripada komponen elektronik," katanya.Tambah beliau, Op Hazard 3.0 merupakan kesinambungan operasi terdahulu yang memberi fokus kepada isu pencemaran alam sekitar serta kemasukan e-waste secara haram ke negara ini.Beliau berkata, satu sidang media lanjut akan diadakan oleh Ketua Polis Negara pada Jumaat ini bagi memperincikan keseluruhan hasil operasi.

Go to News Site