Collector
SPRM akan gerakkan Notis Merah, kolaborasi dengan JIM kesan anak Tun Daim | Collector
SPRM akan gerakkan Notis Merah, kolaborasi dengan JIM kesan anak Tun Daim
Sinar Harian

SPRM akan gerakkan Notis Merah, kolaborasi dengan JIM kesan anak Tun Daim

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggerakkan Notis Merah melalui Polis Antarabangsa (Interpol) selepas kegagalan dua anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin hadir memberi keterangan.Individu itu ialah Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.Bagaimanapun, dua lagi anak tokoh korporat terbabit iaitu Asnida telah hadir memberi keterangan dan memberikan kerjasama kepada SPRM, manakala Md Wira Dani telah memaklumkan lebih awal mengenai ketidakhadirannya.SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya memandang serius kegagalan dua individu terbabit untuk hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebagaimana yang diperintahkan melalui tiga Perintah Menghadiri Pemeriksaan bertarikh 13 Februari, 11 Mac dan 6 April 2026."Sebelum ini, wakil peguam yang mewakili mereka telah menyatakan komitmen dan persetujuan untuk hadir pada 6 April (Isnin)."Namun demikian, mereka sekali lagi gagal berbuat demikian tanpa sebarang alasan yang munasabah."Turut gagal hadir tanpa alasan yang memuaskan ialah Josephine Premla, walaupun telah diarahkan berbuat demikian oleh pihak SPRM," katanya pada Isnin.SPRM berkata, susulan ketidakpatuhan ini, SPRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas selanjutnya iaitu menggerakkan Notis Merah melalui Interpol.Katanya lagi, SPRM juga berkolaborasi dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menyekat serta memantau pergerakan keluar masuk dan status pasport individu terbabit."Penama-penama berkenaan juga akan berdepan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 kerana ingkar mematuhi Perintah Menghadiri Pemeriksaan di bawah Seksyen 30(1)(a) akta yang sama," ujarnya.Dalam pada itu, SPRM memaklumkan Asnida akan dituduh di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 7 April 2026."SPRM menegaskan bahawa sebarang kegagalan mematuhi arahan sah agensi ini tidak akan dilayan dengan toleransi dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan tanpa pengecualian," ujarnya.27 Februari lalu, SPRM memaklumkan sedang mengesan empat anak tokoh politik terbabit bagi tujuan siasatan.SPRM juga menjelaskan Notis Kesan Individu yang dikeluarkan pihaknya terhadap empat individu itu bukan satu bentuk hukuman atau senarai dikehendaki.Sebaliknya kata SPRM, ia merupakan mekanisme prosedural bagi mengesan dan memastikan kehadiran individu untuk membantu siasatan.

Go to News Site