Collector
Kos rawatan warga emas cecah lima kali ganda - Pakar | Collector
Kos rawatan warga emas cecah lima kali ganda - Pakar
Sinar Harian

Kos rawatan warga emas cecah lima kali ganda - Pakar

SHAH ALAM - Status Malaysia yang semakin menghampiri kategori negara menua dijangka memberi tekanan besar kepada sistem kesihatan awam terutama dari segi peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan geriatrik dan rawatan penyakit tidak berjangkit (NCD).Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, pertambahan warga emas menuntut penyediaan penjagaan jangka panjang termasuk rumah kebajikan, penjagaan di rumah dan pengurusan pelbagai ubat.Menurutnya, kos kesihatan per kapita bagi warga emas adalah tiga hingga lima kali ganda lebih tinggi berbanding golongan muda, sekali gus memberi tekanan kepada sistem sedia ada."Peningkatan penggunaan fasiliti kesihatan kerajaan turut menyumbang kepada kenaikan kos kesihatan negara."Kapasiti hospital kini semakin tepu, sekali gus memanjangkan tempoh menunggu untuk perkhidmatan seperti klinik pakar dan pembedahan elektif," katanya kepada Sinar Harian.Jelas beliau, situasi itu juga meningkatkan tekanan terhadap petugas kesihatan, selain kos subsidi kerajaan meningkat mendadak dan berisiko menjejaskan kualiti perkhidmatan jika tiada penambahan sumber."Bagaimanapun, kos langsung kepada rakyat kekal rendah sehingga mewujudkan ketidakseimbangan fiskal," ujarnya.Berdasarkan statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) setakat April 2026, jumlah warga emas berumur 60 tahun ke atas kini melebihi 4.1 juta orang, bersamaan kira-kira 11.6 hingga 12 peratus daripada keseluruhan populasi negara.Daripada jumlah itu, kumpulan berumur 65 tahun ke atas merangkumi sekitar 8.0 peratus populasi pada 2025, menunjukkan Malaysia semakin menghampiri ambang negara tua.Malaysia juga dijangka mencapai status aged nation seawal 2030 apabila populasi warga emas diunjur meningkat kepada 5.8 juta orang.Pada masa sama, peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia kepada sekitar 76.93 tahun pada 2025 (wanita: 79.67 tahun, lelaki: 74.63 tahun) menunjukkan lebih ramai rakyat akan memerlukan akses kepada penjagaan kesihatan jangka panjang pada masa depan.Perkembangan itu menuntut perancangan lebih mampan bagi memastikan sistem kesihatan negara kekal berdaya tahan dalam menghadapi tekanan kos dan permintaan yang semakin meningkat.

Go to News Site