Collector
Hospital kerajaan jadi ‘penyelamat’ | Collector
Hospital kerajaan jadi ‘penyelamat’
Sinar Harian

Hospital kerajaan jadi ‘penyelamat’

GEORGE TOWN - Pengalaman berdepan kanser limfoma sejak lebih sedekad lalu membuka mata seorang bekas pesakit terhadap peranan besar hospital kerajaan sebagai talian hayat rakyat, khususnya bagi mereka yang berdepan kekangan kewangan untuk mendapatkan rawatan.Bekas pesakit, Azizi Safar, 50-an berkata, dia disahkan menghidap kanser limfoma pada April 2015 dan menjalani enam kitaran kemoterapi di Hospital Pulau Pinang sehingga November tahun sama.Menurutnya, sepanjang tempoh rawatan, dia beberapa kali keluar masuk wad akibat demam teruk selepas menjalani kemoterapi, malah pernah dirawat sehingga dua minggu secara berterusan.Mengimbas pengalaman tersebut, Azizi berkata, di sebalik kesibukan wad hospital kerajaan, terselit pelbagai kisah ketabahan pesakit daripada latar belakang berbeza."Ada yang sebelum ini dirawat di hospital swasta menggunakan insurans tetapi terpaksa berpindah ke hospital kerajaan apabila had perlindungan habis."Peralihan itu bukan sesuatu yang mudah, tapi kos rawatan tinggi di hospital swasta memaksa ramai pesakit mencari alternatif lebih mampu milik," katanya kepada Sinar Harian.Menurutnya, kos kemoterapi di hospital kerajaan jauh lebih rendah, sekitar RM200 hingga RM400 bagi setiap sesi rawatan untuk pesakit luar yang layak menerima subsidi."Tanpa jaminan majikan (GL), kosnya sekitar RM200 ke atas bagi satu kitaran rawatan di hospital kerajaan termasuk ubat-ubatan."Saya sendiri memang tak mampu kalau perlu tanggung kos rawatan swasta yang boleh mencecah RM2,000 hingga RM8,000 setiap sesi," ujarnya.Katanya, dia bernasib baik kerana tidak perlu menanggung sebarang kos rawatan apabila menggunakan kemudahan GL kerana isterinya merupakan penjawat awam.Selain rawatan konvensional, Azizi berkata, dia kini turut mendapatkan rawatan perubatan tradisional dan komplementari (TCM) yang disediakan di hospital kerajaan."Sekarang saya ambil rawatan TCM dan ia juga diberikan percuma," katanya.Menurutnya, subsidi kerajaan terhadap kos ubatan dan rawatan memberi ruang kepada pesakit terus berjuang tanpa dibebani tekanan kewangan."Memang sebelum ini saya risau memikirkan kos rawatan tetapi lega bila tahu kos di hospital kerajaan jauh lebih rendah, malah ada yang percuma."Di sinilah kita lihat nilai sebenar sistem kesihatan awam. Ia bukan sekadar merawat penyakit tetapi memberi harapan kepada mereka yang hampir putus asa," katanya.

Go to News Site