Collector
Anak perempuan Tun Daim tiba di mahkamah | Collector
Anak perempuan Tun Daim tiba di mahkamah
Sinar Harian

Anak perempuan Tun Daim tiba di mahkamah

KUALA LUMPUR – Anak perempuan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, iaitu Asnida, hadir ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bagi menghadapi pertuduhan dipercayai gagal mematuhi notis untuk mengisytiharkan harta.Pada Isnin, peguam Asnida, Yu Ying Ying, mengesahkan anak guamnya akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.Asnida yang memakai baju dan berselendang biru gelap tiba pada jam 8.40 pagi dengan diiringi beberapa individu.Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes itu dijadualkan disebut di hadapan Hakim Rosli Ahmad.Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 merujuk kepada kesalahan gagal mematuhi notis bertulis daripada SPRM untuk mengisytiharkan harta yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak melebihi RM100,000 jika sabit kesalahan.Pada Isnin, Asnida hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.50 pagi bersama peguamnya sebelum diambil keterangan selama hampir lima jam, bermula pada jam 10 pagi.Bagaimanapun, tiga lagi anak Allahyarham Daim, iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir dan Muhammed Amin, tidak hadir untuk memberi keterangan seperti dijadualkan.Difahamkan, mereka dipercayai masih berada di luar negara.

Go to News Site