Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Anak perempuan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, iaitu Asnida, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan gagal mengisytiharkan harta membabitkan pegangan saham di lima syarikat, tiga tahun lalu.Asnida, 65, yang memakai baju dan berselendang biru gelap, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Rosli Ahmad."(Tidak bersalah) Minta bicara," katanya ringkas.Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 bertarikh 8 November 2023.Notis tersebut telah dihantar kepada tertuduh oleh seorang pegawai SPRM pada 14 November 2023, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta yang membabitkan pegangan saham di lima syarikat.Ia membabitkan Amiraz Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Transgrade Sdn Bhd dan Gajah3 Foods Sdn Bhd.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, pada 13 Disember 2023.Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh didenda maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid.AKAN MENYUSUL
Go to News Site